Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kelantan Pecat Sathit Bensoh

Image may contain: 1 person, beard

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memecat ketua jurulatih, Sathit Bensoh, selepas skuad The Red Warriors (TRW) tercorot dalam tangga Liga Super selepas mengharungi tiga perlawanan pertama musim ini.



Kelantan kini menghuni tangga ke-12 liga dengan satu mata selepas seri 1-1 dengan Terengganu FC 1, kalah 2-1 kepada Melaka United dan kalah 3-0 kepada Pahang.

Pemecatan jurulatih kelahiran Thailand itu disahkan Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman.

Husin, ketika dihubungi berkata pemecatan Sathit itu berkuat kuasa hari ini dan penolong jurulatih, Yusri Che Lah akan memangku tugas buat sementara waktu.




“Kita tidak boleh boleh tunggu lagi walaupun sebelum ini kita memberikan peluang kepada Sathit mengemudi Kelantan.

“Kita terpaksa buat keputusan ini kerana prestasi Kelantan yang tidak memuaskan, bukan sahaja tiga perlawanan dalam saingan Liga Super malah pada aksi pramusim juga tidak menunjukkan sesuatu yang positif,” katanya.


Dalam pada itu, Husin berkata Kelantan kini sedang mengintai beberapa jurulatih import baharu dari Croatia, Iran dan Nigeria untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sathit.

“Sekurang-kurangnya lima jurulatih telah menghantar permohonan untuk menjadi jurulatih The Red Warriors setakat ini dan ada sesetengah daripada mereka mahu datang dahulu dan tengok aksi pasukan ini dalam perlawanan menentang Perak di Kota Bharu pada 24 Feb ini,” katanya.- BERNAMA



, ,