Harimau Malaya Kembali Beraksi Di Stadium Nasional

Setelah menanti selama tiga tahun, skuad bola sepak kebangsaan akhirnya akan kembali beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, dengan menentang pasukan Mongolia dalam aksi persahabatan pada 22 Mac depan.



Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Perlawanan kompetitif terakhir skuad Harimau Malaya di Bukit Jalil adalah pada 16 Jun 2015, dalam aksi kelayakan Piala Dunia zon Asia menentang Palestin, manakala pasukan pilihan Malaysia menentang Liverpool merupakan perlawanan terakhir dilangsungkan di stadium tersebut sebelum ia ditutup bagi kerja penambahbaikan sempena Sukan SEA 2017.




“Setakat ini, kemungkinannya ia akan diadakan di Bukit Jalil. Setakat ini, stadium itu sedia digunakan,” kata Hamidin.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Azman Fahmi Osman, mereka sedang berusaha untuk memastikan keadaan stadium tersedia dengan rapi, terutama kawasan padang selepas ia digunakan bagi aksi perlawanan persahabatan ragbi 15 sepasukan, 4 Februari lalu.

“Sebenarnya kami bangga kerana padang kami masih lagi terkawal. Kami juga tidak menyangka kerosakannya tidaklah seperti yang kami jangkakan. Kini, kami sedang mempersiapkan padang untuk perlawanan bola sepak antarabangsa bulan depan,” kata Azman.



Comments

comments

,