Hafiz Syahrin Pelumba Malaysia Pertama Sertai MotoGP Dunia

Image result for Hafizh Syahrin Abdullah Monster Yamaha Tech3PETALING JAYA: Hafizh Syahrin Abdullah mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama bakal bersaing pada Kejuaraan MotoGP Dunia bersama pasukan Monster Yamaha Tech3.




Pelumba berasal dari Selangor berusia 23 tahun itu, akan bergandingan dengan bekas juara dunia Moto2 2016 Johann Zarco, sebagai pelumba kedua menggantikan Jonas Folger yang menarik diri atas faktor kesihatan.

Perkara tersebut disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali, menyaksikan pelumba diberi jolokan ‘Pescao 55′ itu ditawarkan kontrak selama setahun untuk beraksi dalam kelas perdana.





“Hafizh mengejutkan ramai pihak ketika sesi latihan di Litar Chang, Buriram di Thailand pada hujung minggu lalu. Walaupun kali pertama menguji jentera itu, beliau menunjukkan prestasi yang baik, sebab itu berjaya mendapat peluang ini.

“Selepas ini, kita serahkan Hafizh kepada ketua pasukan, Herve Poncharai. Dia akan bimbing dan didik Hafizh supaya menjadi seorang pelumba lebih matang dan baik serta dapat memberi saingan kepada pelumba lain seperti Valentino Rossi, Marc Marquez dan Jorge Lorenzo,” katanya pada sidang media mengumumkan perkara itu di sini, Rabu.



Pada sesi ujian pramusim ketiga di Buriram selama tiga hari bermula Jumaat lalu, Hafizh berjaya menamatkan ujian tersebut di tempat ke-21 selepas mencatat satu minit 31.537 saat pada litar sepanjang 4.554km itu.

Razlan berkata pencapaian Hafizh itu juga bakal menjadi motivasi kepada pelumba lain dan anak-anak muda untuk terus mencipta kejayaan dalam sukan permotoran di peringkat antarabangsa. – Bernama



Comments

comments

,