Federer Rangkul Trofi Pemain No.1 Dunia Paling Tua

JAGUH tenis Switzerland Roger Federer kembali menguasai kedudukan teratas ranking ATP dunia.

Federer,36, kembali merangkul gelaran pemain No.1 dunia selepas mara ke pusingan separuh akhir di Rotterdam dengan menewaskan pemain Belanda, Robin Haase.

Masih segar lagi dengan gelaran Grand Slam ke-20 di Melbourne bulan ini, sekaligus memberi Federer mara secara ‘wild card’ pada kejohanan dunia ABN Amro di Belanda ini.





Kemenangan itu menyaksikan Federer meraih kedudukan teratas buat kali pertama selepas tahun 2012, malah menjadi pemain paling berumur menjadi pemain nombor satu dunia.

“Kadang-kala untuk sampai ke tahap ini amat mudah kerana bermain dengan baik, tetapi kemudian anda perlu bersaing dan berebut dengan orang lain.

“Apabila umur semakin meningkat, anda perlu bekerja lebih dua kali daripada biasa. Ini mungkin yang paling bermakna dalam karier saya,” ujarnya selepas menerima trofi No.1 dunia.



Comments

comments

,