Bangunan KWSP Jalan Gasing terbakar

Image result for kwsp jalan gasingPETALING JAYA: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Gasing di sini.

Punca dan impak masih belum dikenal pasti. Buat masa ini, pengguna jalan raya sedang berkongsi foto serta video kejadian di media sosial.




Sejumlah 39 anggota penyelamat dari beberapa buah JBPM dari Petaling Jaya, Hang Tuah dan Pelabuhan Klang telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 11.58 pagi sejurus selepas mendapat panggilan kecemasan lima minit sebelum itu.

“Pasukan Pengurusan Krisis Cawangan sedang bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang akan memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain atau kawasan sekitar. Memandangkan keselamatan pelanggan dan kakitangan adalah keutamaan kami, pengungsian bangunan telah dilakukan dan pejabat dan perkhidmatan kaunter ditutup.





“Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas. Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula,” kata kenyataan itu.

Kenyataan media KWSP

Kenyataan media KWSP

Sidang media Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Mohd Naim Daruwish di lokasi memberitahu tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua pekerja di bangunan itu, kira-kira 600 orang, terselamat. Pelanggan-pelanggan KWSP yang pada masa insiden berada di kaunter juga berjaya dikeluarkan.

“Data pencarum juga selamat kerana kita ada backup data,” katanya. “Kita akan ambil tindakan untuk recovery process secepat mungkin. Our business continuity plan will be in place.

Beliau berkata pelanggan KWSP buat masa ini boleh ke cawangan KWSP yang lain untuk berurusniaga.


Terkini sidang media Timbalan Ketua Pengarah JBPM Malaysia, Datuk Soiman Jahid mengesahkan, tiada kebakaran berlaku dalam bangunan, hanya cladding atau lapisan pelindung di luar bangunan yang terbakar.

“Punca kebakaran adalah percikan api akibat kerja penyelenggaraan serta cuaca panas dan angin kuat. Cladding yang digunakan juga adalah bahan mudah terbakar seperti yang digunakan di Grenfell Tower di London. Bahan cladding ialah polyethylene (polyfoam), bahan yang mudah terbakar. Ia tidak sepatutnya digunakan di mana-mana bangunan, terutamanya di bangunan agensi kerajaan,” tegasnya.

“Bangunan ni tak terbakar, yang terbakar hanya cladding sahaja!”

Soiman berkata pihak bomba mengambil masa 30 minit untuk memadamkan api.



Comments

comments