Aliff Syukri Malu Dihalau Pemuzik Jalanan

Aksi Aliff Syukri menyanyikan lagunya ketika pemuzik jalanan membuat persembahan mengundang reaksi netizen. Foto Instagram: aliffsyukriterlajaklaris

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri terpaksa menahan malu apabila reaksi spontannya menyanyikan lagu Abang Nak Tegur mengundang rasa kurang senang seorang pemuzik jalanan.




Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram, Aliff mendekati seorang pemuzik jalanan dan menyanyikan single terbaharunya itu di Portobello Road Market, London.

“Dia suruh aku pergi, dia kata kau boleh pergi jauh-jauh. Malu-malu,” katanya.

Rakaman video yang dimuat naik Aliff di Instagram.

Sementara itu, Aliff menulis dalam laman tersebut bahawa dia simpati dengan lelaki itu dan sekadar ingin membantu.

“Pada awalnya saya kasihan sebab nak membantu lepas tu sumpah malu tapi sekurang-kurangnya saya bangga ada empat orang sedekahkan duit masa saya menyanyi live lagu Abang Nak Tegur di London.





“Kau orang rasa apa mat salleh ni cakap kat saya?? Nasib baik kau orang tak dengar,” tulisnya pada Sabtu.

Netizen mempertikaikan tindakan Aliff itu.

Dalam pada itu, video tersebut mendapat reaksi netizen yang berpandangan adalah tidak wajar Aliff mengganggu pemuzik jalanan itu.



“Masuk rumah orang tak bagi salam. Pergi nyanyi situ tiba-tiba, orang tu tengah cari rezeki. Kalau korang tengah buat kerja orang ganggu agak-agak marah tak?

“Orang lalu lalang situ bagi duit kat pemain muzik tu bukan pasal Datuk nyanyi kat situ, orang tu cari rezeki, dah lah suara kelaut bingit telinga dia dengar, memang patut pun dia suruh pergi dari situ,” komen netizen.

Sehingga kini video tersebut telah menerima 300,000 tontonan dan ratusan komen daripada pengguna laman Instagram.- mStar



Comments

comments

,