Aksi cemerlang di Alor Setar satu permulaan buat Zii Jia

Image result for Lee Zii JiaPrestasi hebat yang ditampilkan pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia, dalam Kejohanan Berpasukan Asia 2018 hanya satu permulaan buat pemain berusia 19 tahun itu.




Zii Jia mengharungi empat perlawanan sebelum tewas dalam separuh akhir, namun dia merekodkan
kemenangan bersih untuk menjadi watak penting dalam mengesahkan status Malaysia dalam pusingan akhir Piala Thomas.

Dia juga mencipta sejarah tersendiri dalam kariernya apabila dua daripada empat kemenangan itu
dilakukan ke atas pemain yang berada pada kedudukan perseorangan lebih tinggi, iaitu wakil Tthailand,
Supanyu Avihingsanon, dan tonggak Hong Kong, Vincent Wong Wi Ki.





“Saya gembira dengan persembahan secara keseluruhan walaupun sedikit kecewa tidak dapat menyumbangkan mata dalam separuh akhir. Tentunya saya akan memperbaiki setiap kelemahan untuk menghadapi aksi Piala Thomas pada Mei nanti,”‘ katanya.

Bagaimanapun, Zii Jia enggan mendabik dada kerana dia sedar dunia akan mula mengkaji corak
permainannya sebagai pemain yang mampu menyumbangkan mata penting dalam aksi berpasukan.

“Saya dapat belajar untuk mengawal emosi dan tekanan dalam setiap perlawanan. Ia satu pengalaman berharga buat saya,” katanya lagi.



Comments

comments

,