Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Hisap Rokok Dalam Kelas, Netizen Sifatkan Pelajar Ini Biadap

Sekolah merupakan medan di mana anak-anak datang untuk menimba ilmu. Hampir separuh daripada masa mereka akan dihabiskan semasa di sekolah. Memang lumrah murid-murid berkelakuan nakal, namun haruslah berpada-pada  dan janganlah pula sehingga hilang rasa hormat terhadap guru di sekolah.




Baru-baru ini, sebuah video tentang kelakuan seorang pelajar di sekolah telah menjadi viral di media sosial. Video tersebut menunjukkan beberapa belajar bertindak menghisap rokok semasa di dalam bilik darjah ketika guru sedang mengajar. Video tersebut telah mengundang kecaman daripada netizen kerana rata-rata menganggap perbuatan murid tersebut agak keterlaluan dan biadap.

Video tersebut menunjukkan pelajar terbabit tidak mengendahkan guru yang sedang mengajar di hadapan sebaliknya berseronok di belakang bilik darjah sambil menghisap rokok. Namun, video yang telah mendapat retweet lebih 17,000 kali itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Singapura.





Dikecam netizen



Berdasarkan komen-komen yang diberi kejadian ini dipercayai berlaku disalah sebuah sekolah menengah di Singapura.