Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

TMJ antara inspirasi kejayaan skuad B-23

TIMBALAN Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi menganggap selain kesungguhan pemain, faktor Presiden Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menjadi pencetus kebangkitan pemain di Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun (B-23) di Kunshan, China.




Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee seakan tiada peluang selepas tumpas 1-4 pada aksi pembukaan Kumpulan C menentang Iraq namun mereka bangkit merebut slot suku akhir dengan mencatat seri 1-1 ke atas Jordan dan mengejutkan Arab Saudi 1-0.

Yusoff yang juga pengurus pasukan negara berkata, kejayaan yang dicapai itu adalah hasil sokongan semua pihak terutama perancangan Tunku Mahkota Johor (TMJ) apabila menerajui FAM.

“Ada beberapa faktor kejayaan ini antaranya adalah inspirasi yang diberikan oleh TMJ kepada pemain, kebijaksanaan jurulatih mengatur strategi menentang pasukan hebat seperti Jordan dan Arab Saudi serta kesungguhan pemain.





Image result for tmj skuad b 23“Bila saya bercakap dengan pemain sebelum masuk ke padang, saya ingatkan bahawa mereka perlu bantu TMJ jika nak TMJ bantu bola sepak negara. Kalau mereka tak bermain dengan baik, ramai pihak akan sibuk mengkritik TMJ dan tidak menumpukan kepada usaha perubahan yang ingin dilaksanakan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Kejayaan skuad negara mara ke suku akhir adalah kejutan terbesar yang dilakar pada kejohanan kali ini apatah lagi menyingkirkan naib juara 2013, Arab Saudi.

Yusoff percaya, apa yang dilakukan anak buah Kim Swee itu sebagai petanda bahawa masalah yang membelenggu pemain selama ini sudah berjaya diatasi.



“Pemain sudah melepasi halangan psikologi, sudah ada mentaliti menang, kita lihat mereka bermain bermati-matian sehingga wisel penamat tanpa rasa rendah diri.

“Kita boleh menaruh harapan untuk pasukan ini pergi lebih jauh. Kita harap kecemerlangan ini dapat diteruskan apabila bertemu mana-mana pasukan di suku akhir,” katanya. – BH



, ,