Sukan Asia: Skuad B-23 perlu singkir Korea untuk kategori A

 Sukan Asia: Skuad B-23 perlu singkir Korea untuk kategori ASetiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, menolak permintaan Datuk Ong Kim Swee untuk skuad B-23 kendaliannya dibenarkan beraksi dalam Sukan Asia Indonesia 2018 di atas tiket kategori A. 




Ini kerana kategori A hanya diberikan kepada prospek penyumbang pingat temasya.

Tetapi, peluang skuad B-23 negara boleh dipertimbangkan jika mereka mengejutkan Korea Selatan dalam suku akhir Kejohanan AFC B-23 di Kunshan, China, Sabtu ini.





“Belum diputuskan lagi. Setiap sukan mempunyai peluang selepas dibuat penilaian.

“Semuanya berpeluang dalam kategori A, bergantung kepada ranking dalam Asia,” kata Beng Choo.



Ketika ini, anak buah Kim Swee sedang melakar kejutan dalam kempen di China itu apabila layak ke suku akhir selepas menamatkan saingan peringkat Kumpulan C di belakang Iraq.

Kemenangan 1-0 ke atas Arab Saudi dan mengikat Jordan 1-1 menjadi bekalan buat skuad itu untuk melakar sejarah baru bola sepak negara. – stadiumastro



Comments

comments