Pekerja kilang ditangkap bersama mayat remaja perempuan

Image may contain: one or more people, car and outdoorMIRI 10 Jan. – Seorang lelaki ditahan bersama mayat anak teman wanitanya berusia 13 tahun dalam but kereta yang dipandunya di Jalan Miri Port, Kuala Baram di sini, petang semalam.




Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk S. Dev Kumar berkata, suspek merupakan pekerja kilang perabot berusia 33 tahun berasal dari Kuala Lumpur ditangkap semasa cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis pada kira-kira pukul 5.55 petang.

Katanya, anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) bertindak mengejar kereta Proton Iswara Aerobik dipandu suspek yang tiba-tiba memecut laju bagi mengelak diperiksa setelah dilihat berhenti dalam keadaan mencurigakan di kawasan semak di tepi jalan berkenaan.

Image may contain: one or more people and car





Image may contain: 1 person, outdoor

“Setelah mengejar kira-kira 30 minit, polis berjaya menahan kereta terbabit di simpang Miri Port di sini.

“Polis yang membuat pemeriksaan lanjut telah menemukan mayat remaja perempuan berusia yang memakai pakaian sekolah dalam but kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek telah mencekik mati anak teman wanitanya itu selepas bergaduh di rumah sewa mereka di Permyjaya pada kira-kira pukul 11 pagi sebelum itu dan cuba membuang mayat mangsa ke dalam semak ketika bertembung dengan anggota MPV. – UTUSAN



Comments

comments