Maut Ditikam Isteri Ketika ‘Jamah’ Adik Ipar

PADAH menimpa seorang lelaki di Indonesia apabila dibunuh oleh isterinya ketika sedang asyik melakukan hubungan seks dengan adik iparnya sendiri.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Sekata, Medan, Sumatera Utara, Khamis lalu, mangsa dikenali sebagai Hendra, 34, maut akibat ditikam di bahagian kemaluan menggunakan pisau pemotong sayur oleh isterinya, Hajijah, 32.

Lapor portal Pos Kota News, Hajijah dikatakan tidak dapat menahan emosi setelah melihat suaminya itu berdua-duaan di bilik rumah mereka bersama adik kandungnya sendiri, Yani, 30 dalam keadaan mengaibkan.



Kemudian berlaku pertengkaran antara kedua pasangan itu sebelum Hajijah melulu ke dapur mengambil pisau lalu menghunus ke bahagian kemaluan hingga mangsa mengalami pendarahan teruk.

Difahamkan, Hajijah menikam bertubi-tubi di bahagian peha sebelum mengerat kemaluan suami itu.

Ketika Hendra menjerit kesakitan, Hajijah turut mengambil tindakan sama dengan menjerit meminta tolong jiran tetangga namun suaminya itu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital





Hajijah bagaimanapun cuba berdalih kepada penduduk setempat mengatakan kejadian itu berpunca akibat daripada tindakan suaminya yang cuba membunuh diri.

Namun temberang wanita berkenaan terbongkar selepas saksi kejadiaan, Yani yang juga merupakan seorang janda, menceritakan kejadian sebenar kepada pihak polis.



Difahamkan, hubungan Hajijah dan Hendra mulai rengang sejak sebulan lalu selepas wanita itu menemui mesej intim seorang wanita di telefon bimbit suaminya.

Apa yang mengejutkan Hajijah adalah wanita itu sebenarnya adik kandungnya sendiri, yang hidup membujang selepas kematian suaminya selain tinggal bersebelahan dengan rumah mereka.

Sementara itu, polis Sektor Medan Barat, Revi Nurvelani berkata suspek memilki anak berusia lima tahun dan masih menyiasat motif sebenar pembunuhan itu dengan mengambil keterangan saksi kejadian. – MYNEWSHUB.CC



Comments

comments