Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ketua Yakuza Dicekup Di Thailand Selepas 14 Tahun Diburu

KETIKA ditahan dan diperiksa polis, jelas kelihatan tubuh lelaki berusia 72 tahun itu dipenuhi tatu.

Suspek kes bunuh yang berlaku 14 tahun lalu, warga emas itu disyaki mengetuai sindiket yakuza terbesar Jepun, yamaguchi-gumi.




Penahanan Shineharu Shirai di Lop Buri, daerah Tha Hin Huang hasil kerjasama Interpol, pihak berkuasa keselamatan Thailand dan imigresen.

Ketika ditahan, lelaki itu sedang berjalan untuk membeli makanan.

Suspek dikehendaki pihak berkuasa Jepun kerana bersubahat bersama tujuh lagi anggota kumpulan samseng menyebabkan kematian ahli kumpulan yakuza lain, kamiya pada pertengahan Julai 2003.

Sebaik terlibat dalam kejadian itu, suspek telah lari ke Thailand hingga dikesan di bandar berkenaan baru-baru ini.

Pihak berkuasa Thailand maklum mengenai pergerakan suspek yang mempunyai isteri yang juga warganegara Thailand, bagaimanapun mereka bercerai dua tahun lalu.





Tatu di seluruh badannya, selain hilang jari kelingking di kedua-dua tangan adalah tanda sebagai anggota yakuza.

Timbalan Ketua Polis Lop Buri, Kolonel Ukrit Pooklan berkata, suspek ke pasar membeli makanan dan kemudiannya bermain catur dengan penduduk tempatan setiap hari.

Lelaki juga gemar menunjukkan tatu samurai pada tubuhnya kepada golongan muda dan lukisan itu juga yang mengesahkan keanggotaannya sebagai anggota yakuza.



Gambarnya bertatu pernah dimuatnaik ke facebook dan pihak Jepun mengesahkan bahawa tatu berkenaan kepunyaan kumpulan Yakuza.

Ketika disoal siasat pada Khamis, Timbalan Ketua Polis Negara, Jeneral Veerachai Songmetra berkata, suspek mengaku menjadi ketua kumpulan yakuza dengan 23,400 ahli.

“Bagaimanapun, dia tidak mengaku bersama tujuh anggota yakuza lain membunuh Kashihiko Otobe, pemimpin kumpulan samseng Kamiya.

“Tujuh anggota yakuza terbabit telah ditahan di Jepun dan dijatuhi hukuman penjara antara 12 hingga 17 tahun,” katanya sambil menambah suspek tidak memiliki dokumen perjalanan sah.-TheBangkokPost