Kane Beri Syarat Jika Berpindah Ke Real Madrid

Image result for HARRY Kane madridHARRY Kane ‘sudah bersedia segala galanya’ untuk perpindahan ke Real Madrid daripada Tottenham Hotspur pada musim panas ini.

Perbincangan mengenai penyerang prolifik itu dan Los Blancos begitu serius hinggakan dia meletak syarat menyarung jersi No 10 digunakan oleh Luka Modric, menurut Diario Gol.




Kane sebelum ini mengakui masih belum mengadakan rundingan baru untuk masa depan di Spurs biarpun kekal cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Ditanya sama ada dia ada mengadakan perbincangan kontrak baru, Kane berkata: ‘Tidak’. Saya rasa kita tiada membincangkan apa apa mengenai kontrak atau perkara seperti itu.’




Persembahan cemerlang penyerang England itu menarik perhatian presiden Real, Florentino Perez yang berminat mendapatkan tandatangan pemain terbabit.

Laporan di Sepanyol menyebut rundingan tertutup sudah diadakan dan kini pada peringkat lanjutan.



Pemain berusia 24 tahun itu adalah penyokong tegar Tottenham sejak zaman kanak kanak tetapi menyedari dia perlu menambah trofi kabinet secepat mungkin.

“Seperti saya pernah katakan dan apa perlu dilakukan oleh kelab iaitu terus bergerak maju ke depan dan kami mahu mula memenangi trofi,” katanya.

“Itu adalah sasaran saya, selagi kelab terus meneruskan usaha ke arah itu, yeah, saya gembira berada di sini.”



Comments

comments

,