Ikat, Heret Anak Degil Belakang Skuter

ibu kejamBEIJING – Seorang ibu bertindak kejam apabila mengikat tangan anak lelakinya di belakang skuter sebelum mengheret kanak-kanak itu di sepanjang jalan di tenggara China.
Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial di China, wanita itu memberitahu dia mahu menghukum anaknya kerana terlalu nakal.




Seorang saksi yang melihat tindakan kejam terbabit cuba menghentikan wanita itu tetapi dia dimarahi wanita itu yang mendakwa sudah beberapa hari melakukannya.

Menurut saksi yang dikenali sebagai Youku, dua beranak itu dilihat melalui jalan di kawasan Zhaotong, wilayah Yunnan, baru-baru ini.





Kanak-kanak lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 10 tahun dilihat menangis ketika dia diheret ibunya di atas jalan.

Menerusi video itu, wanita itu memberitahu anaknya terlalu nakal dan dia cuba mengajarnya berkelakuan baik.

Katanya, dia adalah ibu kepada kanak-kanak itu dan sudah melakukannya sejak dua hingga tiga hari lalu.



Tindakan itu mencetuskan kecaman pengguna media sosial di China yang menganggap wanita itu sebagai ibu yang kejam.

Ramai pengguna media sosial mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap wanita itu kerana bimbang dia mungkin mencederakan anaknya sendiri. – Agensi/myMetro Online



Comments

comments