Farid Kamil mungkin mengalami masalah mental – Fadzil

Image result for farid diremanAdik kepada pelakon dan pengarah filem terkenal, Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari yang ditemui media di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini tidak menolak kemungkinan abangnya itu mempunyai masalah mental disebabkan mengalami tekanan perasaan.




Fadzil, 34, yang juga merupakan seorang pelakon berkata, dia ada bertemu dengan abangnya itu tiga hari sebelum ditahan dan mengatakan amat merindukan dua anaknya, Mohamad, 5, dan Nur Aurora, 3.

“Ketika bertemu, dia (Farid) kata kepada saya yang dia sudah lama tidak berjumpa dengan dua anaknya. Dia kelihatan murung namun saya tidak sangka dia bertindak sebegini.

“Dia mungkin mengalami masalah mental yang kami keluarga sendiri tidak begitu pasti tentangnya. Kami sebagai keluarga akan memberi sokongan terhadapnya termasuk membawanya berjumpa doktor pakar,” katanya ketika ditemui Kosmo!.





Image result for farid diremanDalam pada itu, diminta mengulas tentang ketiadaan isteri Farid, Datin Diana Danielle ke mahkamah hari ini, Fadzil berkata, dia sendiri gagal menghubungi pelakon itu sejak Farid ditahan pada Khamis.

“Saya rasa pihak sana (Diana) pun sudah bersuara kepada media semalam. Diana tidak dapat dihubungi, saya pun tidak pasti mengapa Diana tidak dapat hadir sedangkan Farid amat memerlukan sokongan orang tersayang pada ketika ini.



Image result for Fadzil Zahari farid kamil

“Ibu dan bapa di kampung sudah mengetahui tentang hal ini dan saya sendiri tidak dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan reaksi mereka,” ujar Fadzil yang turut ditemani adiknya, Anis Anwar.

Terdahulu, Farid Kamil ditahan reman pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini semalam.

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3. – Kosmo



Comments

comments

, ,