Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

FAP dakwa tidak tahu gaji Lobo tertunggak

Image result for Reinaldo LoboPULAU PINANG 2 Jan. – Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mendakwa tidak mengetahui mengenai isu tunggkan gaji selama enam bulan yang dihadapi bekas pemain importnya Reinaldo Lobo.




Pemegang Amanah FAP, Datuk Abdul Rashid Ismail berkata, Lobo tidak pernah berhubung dengan pihaknya selepas Zairil Khir Johari melepaskan jawatan Presiden Oktober tahun lalu.

Malah, beliau yang kini memang­ku jawatan Presiden FAP juga tidak mempunyai ba­nyak maklumat mengenai isu yang membelenggu Lobo termasuk mengapa bekas penyerang Harimau Kumbang berkenaan tidak dibayar gaji.

“Bagaimanapun kami memgambil maklum masalah yang dihadapi Lobo dan kini sedang berusaha membayar gajinya serta pemain lain yang mungkin ada tunggakan gaji,” katanya kepada pemberita di Pejabat FAP di Georgetown, di sini hari ini.





Lobo semalam meluahkan kekecewaannya terhadap FAP apabila mendakwa persatuan itu gagal menyelesaikan tunggakan gajinya selama enam bulan secara profesional sehingga memaksanya meminta campur tangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Sementara itu, Abdul Rashid mengesahkan pemain dari Brazil itu tidak akan beraksi bersama Pulau Pinang musim depan meskipun masih mempunyai baki kontrak.

Mengulas mengenai kemelut pengurusan FAP, Abdul Rashid berkata, jawatan tertinggi Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden pasukan itu dijangka diisi ketika Mesyurat Agung (AGM) pada 17 Januari nanti.

Katanya, FAP ketika ini sedang mengenal pasti dan berunding dengan beberapa individu yang dilihat berkelayakan untuk mengisi jawatan tertinggi berkenaan.

“Kami perlu memastikan individu itu mestilah mempunyai minat tinggi serta sanggup turun padang dan berbincang untuk meningkatkan semula prestasi dan mutu pasukan.

“Begitupun kita masih memerlukan persetujuan dan sokongan kerajaan negeri dan saya akan berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk menyelesaikan beberapa isu berbangkit,” katanya.



Sementara itu ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan memberi jaminan akan dapat menyenaraikan semua 26 pemainnya pada Selasa ini bagi menempuh musim baharu Liga Perdana.

Ujarnya, dia kini dalam peringkat akhir untuk memilih pemain tempatan dan import bagi memperkuatkan Harimau Kumbang, seterusnya memberi saingan dalam kancah Liga Perdana.

Tambahnya, antara pemain yang sah beraksi bersama pasukan itu ialah Asazirin Jamaluddin, Raimi Md. Nor, K. Thivandran dan Mohd. Faiz Subri serta seorang pemain import dari Gambia, Sanna Nyassi.

“Sasaran kita musim ini adalah untuk kembali semula ke Liga Super meskipun menyedari itu tugas berat,” katanya.



, ,