‘Fanskick’ Aplikasi Terbaik Mendekatkan Penyokong

Image result for Aplikasi pintar ‘Fanskick’KUALA LUMPUR – Aplikasi pintar ‘Fanskick’, yang menawarkan pelbagai kemudahan termasuk pembelian tiket secara dalam talian, mampu merapatkan jurang antara pemain dan peminat bola sepak tempatan, menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.




Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata aplikasi itu merupakan antara medium terbaik bagi peminat mendapatkan maklumat berkaitan isu semasa dunia bola sepak tempatan, jadual perlawanan, statistik, informasi mengenai pasukan kegemaran serta ruang interaksi secara langsung dengan pemain.

Pengguna Fanskick juga berpeluang membuat pembelian barangan keluaran pasukan kelab dalam Liga Malaysia (Liga-M) selain berpeluang​​​​ merasai sendiri pengalaman menjadi seorang pengurus pasukan menerusi permainan simulasi FK Manager, katanya dalam kenyataan di sini hari ini..





“Ini adalah salah satu permulaan langkah positif seiring dengan revolusi pembaharuan yang sedang cuba dilakukan oleh FAM dalam meningkatkan keghairahan dan minat penyokong serta memartabatkan bola sepak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play dan App Stores dan Fanskick Dot Com.

Aplikasi yang disediakan oleh Fanskick Dot Com Sdn Bhd., itu dilancarkan oleh Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru, semalam. – BERNAMA



Comments

comments

,