Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dua Batang Besi Tembusi Badan

Rajendra PalMUMBAI – Seorang pekerja pembinaan terselamat biarpun jatuh dan badannya ditusuk dua batang besi sepanjang 1.5 meter termasuk satu menembusi hatinya.

Kejadian berlaku ketika Rajendra Pal, 21, bekerja di atas bumbung sebuah bangunan di Mumbai sebelum tergelincir dan jatuh atas cerucuk besi.




Salah satu besi itu nyaris terkena jantungnya, manakala satu lagi menusuk bahagian hati.

Dia dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan selama tiga jam untuk mengeluarkan kedua-dua besi terbabit.

Seorang saudaranya berkata, Rajendra baru tiba di Mumbai dua hari lalu untuk bekerja sebagai buruh.





Image result for Rajendra Pal, 21Penyelia tapak pembinaan, Ravindra Naidu berkata, kejadian berlaku di Nariman Point berhampiran bangunan Free Press.

“Seorang pekerja memberitahu saya ada pekerja yang terjatuh. Apabila saya tiba di lokasi kejadian saya terkejut melihat pekerja itu ditusuk dua batang besi.



“Lelaki itu masih sedarkan diri dan boleh bercakap, malah dia turut tidak berasa sakit,” jelasnya.

Doktor bedah kanan di GT Hospital, Dr Jitendra Sankpal memberitahu, lelaki itu bernasib baik kerana besi itu tidak menusuk paru-paru dan organ penting lain. – Agensi/myMetro Online