Ballon d’Or 2013 saya diragut – Franck Ribery

Pemain sayap Bayern Munich, Franck Ribery, melepaskan rasa tidak puas hatinya berhubung “ketidakadilan” terhadap kegagalannya memenangi Anugerah Ballon d’Or 2013, apabila mendakwa dia tidak mendapat sokongan daripada negaranya sendiri.



Ribery berada di tangga ketiga dengan 23.36 peratus undi, di belakang Cristiano Ronaldo (27.99 peratus) dan Lionel Messi (24.72 peratus). Walaupun memenangi Bundesliga, DFB-Pokal, Liga Juara-Juara (UCL), Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab bersama Bayern pada tahun itu.

Pemenang itu dipilih oleh seorang wartawan daripada setiap organisasi di bawah naungan Kesatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di samping jurulatih dan ketua pasukan lelaki kebangsaan.

Bekas pemain antarabangsa Perancis, Ribery, percaya bahawa dia kurang dihargai di tanah air sendiri.





“Memenangi Ballon d’Or adalah sukar,” katanya kepada Canal Football Club. “Ia tidak dapat difahami.

“Saya memenangi semua trofi, saya tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

“Bagi saya, ia seperti dirompak, ketidakadilan, saya tidak mempunyai sokongan negara di belakang saya.

“Saya melihat dengan mata saya sendiri ketika orang Perancis mengatakan ia adalah untuk Cristiano.

“Adakah Portugis mahu Ribery atau Messi menang? Pemain Argentina itu tidak boleh ditandingi.”



Comments

comments

,