Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

AFC U23: Dedah Punca Tewas, Kim Swee Puji Semangat Pemain

PETALING JAYA: Pengendali skuad Bawah 22 Tahun negara mengakui pemainnya telah melakukan yang terbaik pada aksi suku akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun, namun beberapa perkara perlu diberi perhatian.




Datuk Ong Kim Swee berkata, hilang tumpuan menyebabkan skuadnya dihukum dengan jaringan seawal 15 saat permainan dimulakan.

“Secara keseluruhan, pemain-pemain telah menunjukkan aksi terbaik.

“Tetapi apabila hilang tumpuan inilah yang akan berlaku apabila bermain dengan pasukan besar. Kesilapan itu telah menghukum mereka dengan jaringan awal.

“Bagaimana pun permainan hari ini lebih baik bebranding ketika beraksi dengan Arab Saudi (pusingan kumpulan, Selasa lalu).





“Kami mengawal situasi permainan sejak separuh masa pertama,” ujarnya dalam satu rakaman media selepas perlawanan pada Sabtu petang.

Tambah Kim Swee, pencapaian pasukan sangat baik, tetapi mereka tidak boleh berpuas hati.

“Kita tidak boleh gembira dengan pencapaian ini. Kami perlu melihat kembali perlawanan bertemu Iraq, Arab Saudi, Jordan dan Korea Selatan ini.

BACA: AFC U23: Buat Korea Selatan Berpeluh, Harimau Tewas Bermaruah



“Prestasi terbaik bukan hanya terletak pada satu perlawanan. Mereka perlu konsisten dan inilah yang akan diperbaiki selepas ini,” tambahnya.

Biarpun terkandas ke saingan separuh akhir, skuad muda negara telah melakar sesuatu yang istimewa dalam sejarah bola sepak tempatan apabila menjadi lapan pasukan terbaik peringkat Asia dengan mara ke suku akhir buat julung kalinya pada kejohanan dwi tahunan ini.

Selain itu, Korea Selatan yang beraksi dengan tiket naib juara 2016 bakal berdepan dengan Uzbekistan yang membuat kejutan dengan menewaskan juara bertahan Jepun 4-0 sebelum ini.



,