Adib belum buat keputusan

Adib belum buat keputusanPertahanan skuad B-23 negara, Muhammad Adib Zainudin, akan memutuskan masa depannya sama ada membuat pusingan “U” dan kembali bersama Felcra FC atau sebaliknya apabila tiba di tanahair setelah kempen pasukan kebangsaan dalam Kejohanan AFC B-23 di China berakhir.




Adib sebelum ini difahamkan sudah menandatangani memorandum persefahaman untuk menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2018, namun kedudukannya bersama skuad Harimau Selatan itu masih samar berbanding dua rakannya, Adam Nor Azlin dan Syamer Kutty Abba.

Tatkala dua nama itu diumumkan, Adib tidak tersenarai secara rasmi sebagai pemain JDT, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kedudukan sebenarnya bersama kelab itu.





Bagaimanapun, Adib menafikan isu penghijrahannya telah menjejaskan tumpuannya sehingga kehilangan tempat dalam kesebelasan utama skuad negara dalam aksi di China.

“Pasukan Felcra memang ada menyatakan untuk mengekalkan saya dan hasrat itu disuarakan sendiri oleh presiden kelab. Saya sudah memberitahu bahawa keputusan akan dibuat selepas pulang dari China,” katanya. – stadiumastro



Comments

comments