WhatsApp Uji Fungsi “Senyapkan” Ahli Grup

The next WhatsApp update could enable you to force everyone to read your messagesMerupakan salah satu platform pemesejan yang popular ketika ini, pelbagai pembaharuan cuba diperkenalkan oleh WhatsApp supaya ia kekal menarik minat pengguna untuk terus menggunakannya.




Terbaru, aplikasi ini dikatakan sedang menguji satu ciri yang dipanggil sebagai Restricted Groups (Grup terbatas) yang mana pentadbir akan diberi pilihan untuk”senyapkan” ahli grup. Melalui ciri itu, pentadbir berupaya menyekat ahli grup dari membuat perkongsian sama ada teks perbualan mahupun media seperti gambar, audio dan lain-lain.





Ini bermakna, ahli grup hanya boleh “menonton” perkongsian yang dibuat oleh pentadbir dan sekiranya ahli mahu menghantar perbualan, mereka boleh menekan butang Message Admin.

Menerusi butang itu, hanya perkongsian yang ditapis dan dibenarkan oleh pentadbir sahaja akan tersiar di dalam grup.

Ciri ini masih diuji dalam peringkat beta dan mungkin ia akan ditawarkan kepada umum tidak lama lagi.

Sumber wiser.my/Express



Comments

comments