Syafiq Ahmad Pasrah, Kim Swee Mungkir Janji

Image result for syafiq ahmadSYAFIQ Ahmad sudah menyiapkan kelengkapan untuk berangkat ke Kuala Lumpur bagi melaporkan diri ke kem latihan skuad Bawah 23 Tahun negara apabila menerima berita di luar dugaan yang dia digugurkan daripada pasukan itu.



Menurut Syafiq, keputusan dibuat Datuk Ong Kim Swee itu agak memeranjatkan kerana sebelum ini jurulatih berkenaan bersetuju memberi cuti kepadanya sehingga hari ini (6 Disember) bagi menguruskan perkahwinannya.

Malah, Syafiq yang baru mendirikan rumah tangga dengan Nor Amalina Norain pada 23 November lalu berkata, dia mematuhi semua arahan diberikan Kim Swee dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semasa membuat permohonan cuti itu.

“Selepas majlis perkahwinan di pihak pengantin perempuan pada 26 November lalu, saya ada menghubungi jurulatih untuk memohon cuti kerana mahu menguruskan majlis di pihak saya pula pada 3 Disember lalu.

“Pada awalnya, saya meminta sehingga 10 Disember tapi beliau berkata ia terlalu lama. Beliau memberi saya cuti sehingga 6 Disember dan mahu saya melaporkan diri pada 7 Disember.





“Malah, saya juga telah menulis surat memohon cuti secara rasmi daripada FAM seperti diminta seorang pegawai badan bola sepak itu. Tiba-tiba dapat surat kata saya digugurkan,” ujar Syafiq yang turut menangkis dakwaan dia menghilangkan diri selepas majlis perkahwinannya.

Penyerang muda Kedah itu tidak menafikan dia kecewa kerana tidak dapat bersama skuad negara ke Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23, di China bulan depan selepas turut sama memerah keringat membantu skuad itu layak ke sana. – HMetro



Comments

comments

, ,