Remaja ditahan selepas samun, Ketuk kepala rakan sekerja

Seorang remaja berumur 17 tahun tidak sempat menikmati hasil samun apabila ditahan sejurus melakukan jenayah itu di sebuah kedai serbaneka di Damansara Damai dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9.15 malam itu, remaja lelaki yang merupakan pekerja di kedai itu masuk ke stor dan berbual dengan rakan sekerjanya berusia 24 tahun sebelum bertindak memukul wanita itu yang sedang mengira wang menggunakan besi dan melarikan wang lebih RM10,000.




Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata suspek kemudiannya ditahan oleh orang awam sebaik keluar dari stor berkenaan.

“Pekerja wanita itu mengalami kecederaan di kepala dan badan. Polis turut merampas besi yang digunakan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ujian saringan ke atas suspek yang berasal dari Jertih, Terengganu itu didapati negatif dadah dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – Bernama



Comments

comments