Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kemalangan Kerbau ‘Naik’ Porsche Di Perak

Kerbau 'Naik' Porsche Maut, 3 CederaMALANG tidak berbau… Pemandu dan dua penumpang Porsche Cayenne menempuh pengalaman lucu tapi penuh debaran apabila kenderaan yang dinaiki mereka merempuh seekor kerbau.




Insiden dramatik ala aksi filem Hollywood itu menyaksikan haiwan mamalia berkenaan terpelanting sebelum ‘berjaya’ masuk ke dalam kenderaan tersebut di Perak semalam, menurut laporan media tempatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam tadi, kereta itu yang dalam perjalanan dari Teluk Intan menghala ke Langkap, tidak sempat mengelak seekor kerbau yang sedang melintas jalan di Kilometer 12 Jalan Changkat Jong.

Akibat perlanggaran itu, kerbau berkenaan tercampak sebelum terhempas di atas cermin pelindung matahari di bumbung kenderaan itu sehingga lapisan berkenaan pecah dan haiwan berkenaan terperosok ke dalam kenderaan.





Image result for kerbau masuk porsche di perakImage result for kerbau masuk porsche di perakImage result for kerbau masuk porsche di perakTimbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan ketika dihubungi media berkata, nahas agak luar biasa itu menyebabkan bahagian depan kenderaan utiliti sukan (SUV) berkenaan turut remuk.

“Kerbau itu mati di tempat kejadian, manakala semua mangsa kemalangan iaitu dua berusia 30-an dan seorang kanak-kanak sembilan tahun cedera ringan. Mereka dirawat di Pusat Rawatan Anson Bay,” katanya hari ini.

Yahaya dalam pada itu menjelaskan bahawa  cuaca baik ketika kejadian berlaku dengan jalan lurus, tetapi gelap berikutan tiada lampu jalan di sepanjang laluan berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc