Google Arah 10,000 Staf Pantau Kandungan YouTube

YouTubeLONDON – Enjin pencarian maya terkemuka, Google, menyediakan 10,000 kakitangan hanya untuk memantau kandungan ekstremis dalam laman perkongsian video popular YouTube.

Ia susulan kritikan terhadap laman tersebut baru-baru ini dan perkara berkenaan disahkan Ketua Eksekutif laman perkongsian video itu, Susan Wojcicki, kepada akhbar Daily Telegraph.




Beliau malahan mengaku ‘anasir jahat’ menggunakan laman sesawang itu untuk ‘mengelirukan, memanipulasi, mengganggu atau membahayakan.’ ramai pengguna media sosial antarabangsa.

Perdana Menteri Britain, Theresa May, mengenakan tekanan ke atas Google untuk buang bahan radikal atas talian susulan siri pengganas, manakala YouTube, minggu lalu menarik balik 150,000 video kanak-kanak selepas ulasan lucah mengenainya disiarkan penonton.

Wojcicki mendakwa syarikatnya membangunkan teknologi ‘mempelajari komputer’ untuk mengenal pasti video pelampau, dan boleh digunakan untuk mengenali kandungan yang beri risiko kepada keselamatan kanak-kanak.





“Kami akan terus membesarkan pasukan kami, dengan matlamat menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan Google berusaha menangani kandungan yang melanggar dasar kami kepada lebih 10,000 pada 2018,” katanya.

Tindakan minggu lalu untuk buang kandungan disyaki dibuat selepas akhbar Britain melaporkan iklan bagi jenama terkenal disiarkan bersama-sama video kanak-kanak atau remaja, mengundang ulasan penonton yang ada unsur paedofilia.

Laporan media menunjukkan keadaan itu menyebabkan pengiklan merungut, malah sebahagiannya menggantung iklan YouTube. – AFP/BH ONLINE



Comments

comments

, ,