Cristiano Ronaldo cipta rekod baharu Liga Juara-Juara

Cristiano Ronaldo became first player to score in all six group games in Champions LeaguePARIS 7 Dis. – Cristiano Ronaldo menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam kesemua enam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara untuk satu musim, setelah bintang Real Madrid itu meledakkan gol pada babak pertama permainan pada pertemuan dengan Borussia Dortmund, hari ini.




Pemain berusia 32 tahun itu menyempurnakan jaringan di sudut atas pintu gol lawan turut berkongsi rekod dengan pesaingnya dari Barcelona, Lionel Messi setelah kedua-dua mereka mengumpul 60 gol keseluruhan di peringkat kumpulan.

Jaringan yang dilakukan Ronaldo, hari ini, merupakan gol kesembilannya musim ini.





Real, yang memburu gelaran ketiga berturut-turut dalam Liga Juara-Juara, menundukkan Dortmund 3-2, tetapi kelab gergasi Sepanyol itu telahpun layak ke peringkat 16 terbaik, setelah muncul naib juara kepada Tottenham Hotspur dalam aksi Kumpulan H.

Selain Ronaldo yang melakukan jaringan pada minit ke-12, gol Los Blancos diledakkan oleh Borja Mayoral (minit ke-8) dan Lucas Vasquez (minit ke-81), manakala kelab Jerman, Dortmund memperoleh dua gol hasil sumbangan Pierre-Emerick Aubameyang (minit ke-43, ke-48). – AFP



Comments

comments

, ,