13 Pasukan Mara Ke Pusingan 16 Liga Juara-Juara

PEMAIN tengah Bayern Munich, Corentin Tolisso meledakan gol kedua Barcelona layak ke pusingan kalah mati Liga juara-juara sambil diiringan Juventus sebagai naib juara kumpulan.

Biarpun Lionel Messi diletakkan di bangku simpanan namun ia tidak menghalang Barcelona untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara selepas menundukkan Sporting Lisbon 2-0, awal pagi tadi.



Sementara itu, Juventus menyertai kelab gergasi Sepanyol itu mara ke pusingan 16 terakhir selepas mereka turut melakar kemenangan 2-0 ke atas Olympiakos.

Manchester United pula gah melangkah ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara selaku juara Kumpulan A selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan CSKA Moscow 2-1 di Old Trafford, awal pagi tadi.

The Red Devils menamatkan saingan peringkat kumpulan di depan Basel yang turut mara setelah melakar kemenangan 2-0 ke atas Benfica.

Kelab gergasi Jerman, Bayern Munich berjaya mencalarkan rekod sempurna Paris St Germain (PSG) selepas melakar kemenangan 3-1 di Allianz Arena, awal pagi tadi.

Bayern dan PSG terlebih dahulu layak ke pusingan kalah mati.





Berikut 13 pasukan yang layak ke pusingan kalah mati

Manchester United
Paris Saint-Germain
Barcelona
Liverpool
Manchester City
Besiktas
Tottenham Hotspurs
Basel
Bayern Munich
Chelsea
Juventus
Real Madrid
Roma

Berikut 6 pasukan lagi yang berpeluang layak ke pusingan kalah mati

Sevilla atau Spartak Moscow
Shakhtar Donetsk atau Napoli
Porto atau RB Leipzig

Undian penentuan akan dilakukan pada 11 Disember ini. Pusingan pertama akan berlangsung pada 13, 14, 20 and 21 Februari dan pusingan kedua pada 6, 7, 13 and 14 Mac 2018.

Highlights Pilihan

Bayern v PSG

Manchester United v CSKA Moscow



Comments

comments

,