VIDEO Dibenam 4-1, Malaysia lupakan Piala Asia

BURIRAM 13 Nov. – Impian Malaysia untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) lebur selepas tunduk 1-4 kepada Korea Utara di Stadium I-Mobile, di sini sebentar tadi.

Biarpun pengendali Harimau Malaya, Nelo Vingada merombak hampir keseluruhan barisan kesebelasan utama yang diturunkan dia semasa aksi pertama namun skrip yang sama berulang kembali.

Anak-anak buah Vingada yang kalah 1-4 dalam aksi pertama, Jumaat lalu dikejutkan 2-0 dalam tempoh lima minit selepas Kim Yu Song meletakkan Korea Utara di depan pada minit ke-15, sebelum menggandakan kedudukan pada minit ke-20.




Minit ke-44 menyaksikan Yu Song melengkapkan hatriknya dalam perlawanan itu apabila mudah membolosi gawang yang dikawal Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Pak Kwan Ryong kemudian meledak jaringan keempat Korea Utara pada minit ke-79 dan pada minit ke-85 Malaysia meraih gol saguhati menerusi Safawi Rasid.

Image may contain: 2 people, people playing sport and outdoorKekalahan itu menyaksikan pintu ke pusingan akhir Piala Asia 2019 tertutup rapat buat Malaysia yang bakal mengakhiri saingan peringkat kumpulan B menentang Lebanon pada Mac 2018.

Sementara itu Ketika banyak komen negatif dilemparkan kepada Harimau Malaya kerana kegagalan melayakkan diri ke Piala Asia 2019 ekoran kekalahan kepada Korea Utara malam ini, namun ketua jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada tetap yakin pasukannya mempunyai masa depan yang cerah.

Malaysia kalah 1-4 dalam kedua-dua perlawanan menentang Korea Utara di Stadium I-Mobile, sekali gus meletakkan mereka ke kedudukan tercorot Kumpulan B dengan satu mata daripada lima perlawanan.




Anak-anak buah Vingada masih mempunyai baki satu perlawanan dalam kempen kelayakan menentang Lebanon pada 27 Mac, tahun depan, namun pertemuan tersebut sudah tidak memberi sebarang makna.

“Dua perlawanan menentang Korea Utara memberi banyak pengajaran kepada pasukan. Menentang pasukan yang lebih kuat dengan tempoh persediaan yang singkat memberi kesukaran kepada kami.

“Begitupun, saya percaya semua pengalaman yang dikutip di Buriram akan menjadikan Malaysia lebih kuat pada masa akan datang,” kata jurulatih dari Portugal itu kepada pemberita. – Utusan



Comments

comments

,