UFO Dirakam Menjunam Ke Bumi

Nasa has once again been accused of covering up the existence of alien life, after an astronaut captured footage of a UFO. The mysterious object (circled) was spotted entering Earth's atmosphere by one of the crew of the International Space StationSEORANG angkasawan berjaya merakam imej objek terbang tidak dikenali (UFO) menjunam ke atmosfera bumi yang dipercayai kapal angkasa makhluk asing.




Paolo Nespoli dari Agensi Angkasa Eropah (ESA) mengambil video objek cerah di luar ISS pada 5 November lalu menyebabkan rakan saintisnya menyifatkan ia sebagai ‘bebola api’.

Namun pemburu makhluk asing mendakwa ia adalah kapal angkasa milik mahkluk tersebut.

Malah dakwanya, objek itu telah dirampas sebaik sahaja dilihat sebagai bukti penemuan makhluk berkenaan.

Tyler Glockner yang mengendalikan laman YouTube SecureTeam10 mendakwa ESA dan NASA menyembunyikan kewujudan makhluk asing di dalam video yang kini disaksikan sebanyak 300,000 kali.

Dia percaya tindakan ESA mengeluarkan kenyataan pantas selepas penemuan objek aneh itu membuktikan mereka cuba menyembunyikan kebenaran mengenai kunjungan mahkluk asing ke bumi.




Januari lalu kemunculan UFO ketika NASA membuat lintas langsung dari ISS dengan serta merta siaran langsung tersebut dihentikan.

“Mengapa mereka melakukan perkara ini? Saya tidak fikir ia adalah bebola api sama sekali,” katanya.

Bola api itu bergerak pada kelajuan 89,478 batu sejam apabila ia menjunam ke atmosfera bumi.

Kelajuan objek tersebut adalah dua kali ganda berbanding kebanyakan meteorit, kata ESA.

Namun, Glockner percaya objek semula jadi itu tidak akan bergerak pada kelajuan seperti ini.



Comments

comments