Saya tidak kesal – Griezmann

Image result for Antoine GriezmannMADRID 21 Nov. – Penyerang Perancis, Antoine Griezmann menegaskan tidak kesal dengan keputusannya untuk kekal beraksi bersama Atletico Madrid biarpun kelabnya itu sedang bergelut dengan masalah prestasi sehingga menyebabkan dia menerima kritikan oleh peminat.

Pemain berusia 26 tahun itu dikaitkan bakal berhijrah ke Manchester United pada pasaran perpindahan namun sebaliknya Griezmann memperbaharui kontraknya bersama Atletico selepas kelab tersebut tidak boleh mendaftar pemain baharu sehingga Januari depan ekoran perpindahan tidak sah.




Griezmann berdepan kempen terburuknya sepanjang empat musim bersama Atletico yang ketika ini berada di tangga keempat La Liga dan ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Barcelona selain berdepan penyingkiran di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2009.

Skuad kendalian Diego Simeone pernah beraksi di pentas akhir pada 2014 dan 2016 serta melepasi peringkat separuh akhir pada musim lepas berdepan AS Roma awal pagi Khamis (waktu Malaysia).

“Saya tidak kesal untuk terus kekal di sini, ini adalah pilihan saya dan saya akan terus bersama pasukan walaupun kami terpaksa berdepan dengan kekalahan tujuh kali berturut-turut,” kata Griezmann.

Griezmann turut masih buntuk mencari gol dalam lapan perlawanan bersama Atletico malah dia menerima kritikan daripada peminat sewaktu menentang Real Madrid pada Sabtu lalu.





Keadaan semakin meruncing apabila peminat berang dengan kenyataan yang diberikan Griezmann kepada media Perancis apabila berkata dia akan menyertai Paris Saint Germain pada suatu hari nanti untuk menyertai Kylian Mbappe dan Neymar.

“Tidak, sebab Diego Costa dan Vitolo akan menyertai kami jadi kami akan berjuang untuk memastikan pasukan berada di tempat teratas. Saya tidak bercakap dengan presiden (Enrique Cerezo) bahawa saya mahu meninggalkan kelab ini.

“Saya tidak berkata apa-apa cuma saya berkata saya gemar untuk beraksi bersama Neymar dan Mbappe namun itu bukan bermakna saya akan menyertai PSG. Saya gembira dengan permainannya saya bersama Perancis namun dua atau tiga untuk Atletico. Prestasi saya semakin positif.

“Semuanya terpulang kepada saya, Saya perlu bekerja keras dan berlatih kerana ada perlawanan yang saya tidak menjaringkan gol dan itu masalah saya. Usaha keras perlu diberikan untuk membantu pasukan berada di tahap yang lebih tinggi lagi,” katanya. – REUTERS



Comments

comments