Senarai 24 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya Bertemu Korea Utara, Hong Kong

Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Johor Bahru, Johor bermula Sabtu ini, 30 September 2017 sebagai persediaan menghadapi dua perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium Kim Il-Sung, Pyongyang pada 5 Oktober dan Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 10 Oktober 2017.



BIL NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

BADDROL BAKHTIAR

29

TENGAH

KEDAH

2.

SYAZWAN ZAINON

28

TENGAH

KEDAH

3.

KHAIRUL HELMI JOHARI

29

PERTAHANAN

KEDAH

4.

AKRAM MAHINAN

24

TENGAH

KEDAH

5.

IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

21

PENJAGA GOL

KEDAH

6.

FITRI OMAR

32

PERTAHANAN

KEDAH

7.

AHMAD HAZWAN BAKRI

26

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

8.

SAFIQ RAHIM

30

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

9.

AMIRULHADI ZAINAL

31

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

10.

DARREN LOK

26

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

11.

NAZMI FAIZ MANSOR

23

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

12.

SAFAWI RASID

20

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

13.

HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY

24

PENJAGA GOL

PERAK

14.

SHAHROM ABDUL KALAM

32

PERTAHANAN

PERAK

15.

NAZIRUL NAIM CHE HASHIM

24

PERTAHANAN

PERAK

16.

AMIRUL AZHAN AZNAN

24

PERTAHANAN

PERAK

17.

KIKO INSA

29

TENGAH

PAHANG

18.

MATTHEW DAVIES

22

PERTAHANAN

PAHANG

19.

NOR AZAM ABDUL AZIH

22

TENGAH

PAHANG

20.

KHAIRULAZHAN KHALID

28

PENJAGA GOL

SELANGOR

21.

ADAM NOR AZLIN

21

PERTAHANAN

SELANGOR

22.

WAN ZACK HAIKAL WAN NOR

26

TENGAH

FELDA UNITED

23.

SHAHREL FIKRI MD FAUZI

23

PENYERANG

PKNP FC

24.

SYAMER KUTTY ABBA

20

TENGAH

PULAU PINANG

Hanya 17 pemain daripada senarai 23 pemain dipanggil Vingada pada panggilan sebelum ini ketika skuad kebangsaan seri 1-1 dengan Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 September lalu dikekalkan untuk kem latihan pusat kali ini.




 Enam pemain yang digugurkan terdiri daripada Rizal Ghazali (Kedah) dan Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT) yang digantung perlawanan serta penjaga gol Farhan Abu Bakar (Kedah), Ahmad Syamim Yahya (Pahang), Nasir Basharudin (Perak) dan Nazrin Nawi (Perak).

 Sebagai ganti, Vingada telah menyenaraikan seramai tujuh pemain baharu termasuk enam pemain dari skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee yang meraih pingat perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan lalu iaitu penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Safawi Rasid (JDT), Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) serta seorang lagi muka baharu iaitu Nazmi Faiz Mansor, 23, dari JDT.

 Selepas menjalani latihan pusat selama tiga hari di Johor Bahru bermula Sabtu ini, skuad kebangsaan akan berlepas ke Pyongyang melalui Singapura dan Beijing pada Selasa depan, 3 Oktober.

FAM

Comments

comments

,