Ratusan Sertai Renang Berbogel Kumpul Dana

RATUSAN orang ‘berani mati’ berenang tanpa seurat benang di laut dekat pantai Northumberland, timur laut England.

Tanpa menghiraukan kesejukan pada waktu pagi, kesemua mereka terbabit dalam acara tahunan North East Skinny Dip.




Ratusan Renang Berbogel Kumpul Dana

Acara tersebut menyaksikan ratusan peserta berenang di Laut Utara, sempena Autumn Equinox dan mengumpul dana untuk kebajikan kesihatan mental, MIND.

Sejak dilaksanakan pada 2012, acara tersebut telah mengumpul lebih £25,000 (RM141,801).

Lebih 400 peserta berhimpun di pantai Druridge Bay, sebelum matahari terbit pada Ahad bagi menyertai acara tahunan itu. – Mail Online/mStar Online



Comments

comments