PSG Tawar Cavani Bonus €1 Juta, Gaji Neymar Hampir RM500,000 Sehari

EDINSON Cavani menolak tawaran Paris Saint-Germian (PSG) sebanyak €1 juta untuk menyerahkan sebahagian tanggungjawab kepada Neymar.

Akhbar Sepanyol, El Pais melaporkan , Cavani telah ditawar untuk menyerahkan tanggungjawab mengambil sepakan penalti kepada Neymar.

Cavani bertindak demikian kerana merasakan dia mampu mendapatkan bonus dengan jumlah sama sekiranya tampil sebagai penjaring terbanyak di Ligue 1.




Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi didakwa telah meluangkan masa selama seminggu sejak minggu lalu untuk menyelesaikan masalah Neymar- Cavani, namun masih gagal.

Dua penyerang itu berebut untuk mengambil sepakan percuma dan penalti ketika menang ke atas Lyon minggu lalu.

Beirkutan kejadian memalukan itu, Neymar dikatakan kecewa dengan sikap Cavani.

Neymar yang merupakan pemain termahal dunia ketika ini pastinya menjadi pemain kesayangan PSG.

Sementara itu butiran kontrak Neymar bersama Paris Saint-Germain (PSG) kini dibocorkan dalam media Jerman.

Perpindahan Neymar ke Perancis yang mencetuskan kejutan dalam dunia bola sepak pada musim panas kini beralih kepada harga pemain itu.

Menerusi dokumen berhubung perpindahan bernilai £198 juta (RM1.12 bilion) sebaik sahaja klausa pembelian dicapai, Neymar menjadi pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak.





Bagaimanapun, butiran lanjut dalam kontrak yang ditandatangani pemain itu menunjukkan bahawa nilainya bertambah sejak perpindahannya dari Barcelona ke Paris.

Penerbitan Jerman, Der Spiegel mendedahkan perkara tersebut berdasarkan maklumat daripada Football Leaks, yang menyatakan bahawa pemain berusia 25 tahun itu memperoleh lebih £600,000 (RM3.4 juta) seminggu.

Kontrak lima tahun yang ditandangani Neymar menjamin pemain itu dengan bayaran £32.7 juta (RM185 juta) setahun, sekali gus bersamaan £88,000 (RM499,119) sehari.

Gaji tersebut menunjukkan Neymar kini merupakan pemain yang mendapat bayaran paling tinggi dalam dunia bola sepak, apabila jumlah bayaran yang diterimanya secara mingguan lebih tinggi berbanding Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Kebocoran maklumat itu turut mendedahkan bahawa PSG akan membayar Barcelona sehingga £214 juta (RM1.2 bilion) buat penyerang itu bagi kontrak lima tahun di Perancis.



Comments

comments

, , ,