Kelayakan AFC B16: Malaysia gagal tundukkan Jepun

Image may contain: 2 people, people playing sport and outdoorKUALA LUMPUR 24 Sept. – Malaysia menamatkan saingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 16 (B-16) 2018 selaku naib juara Kumpulan J biarpun tumpas 0-4 kepada Jepun di Bekasi, Indonesia sebentar tadi.

Malaysia yang telah layak secara automatik selaku tuan rumah pada kejohanan yang akan berlangsung pada September 2018 itu, sebelum memenangi dua perlawanan pertamanya untuk mengutip enam mata.

Skuad B-16 Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang dibimbing Lim Teong Kim sebelum ini meraih kemenangan 6-1 ke atas Singapura, Rabu lalu sebelum terus membelasah Guam 14-1, Jumaat lalu.




Image may contain: 2 people, people playing sport and outdoorAKSI Malaysia ketika menentang Jepun dalam kelayakan Kejuaraan Dalam aksi di Stadium Wibawa Mukti, Bekasi, Jepun mendahului 2-0 dalam separuh masa pertama menerusi jaringan Yuji Yoshida pada minit ke-23 dan Keita Ueda, minit ke-27.

Memasuki babak kedua, Keita Nakano mengukuhkan kedudukan Jepun dengan menambah gol ketiga pada minit ke-49, diikuti jaringan Yusuke Aoki di minit ke-73.

Jepun mengungguli Kumpulan J dengan mengutip sembilan mata maksimum selepas memenangi semua tiga perlawanan mereka. Mengikut format kejohanan dua pasukan teratas peringkat kumpulan layak secara merit. – UTUSAN ONLINE

Comments

comments