Dream Theater Adakan Konsert Di Malaysia Oktober Ini

Image result for dream theaterSetelah sekian lama menantikan kehadiran jentera yang cukup disegani di seantaro dunia apatah lagi sebelum ini mereka hanya singgah ke negara jiran tetangga sahaja.  Kini semua persoalan seakan sudah terjawab apabila pihak IME Asia telah berbesar hati untuk membawa band yang bernuansakan progresif metal, Dream Theater ke Malaysia.

Pastinya ia merupakan hadiah paling bermakna buat fanatika Dream Theater di Malaysia khasnya, apatah lagi ianya di adakan di lokasi yang cukup berprestij dan eksklusif iaitu di KLCC  Planery Hall, Kuala Lumpur.




“Images, Words & Beyond 25th Anniversary Tour” adalah merupakan siri jelajah Dream Theater ke seluruh Asia.  Konsert anjuran IME Asia ini akan berlangsung pada 2 Oktober 2017 dan akan bermula sekitar jam 8.30 malam.  Umum mahupun peminat setia Dream Theater sendiri pasti tahu kecemerlangan serta kegemilangan yang telah di capai oleh jentera dambaan mereka.

Sehingga kini kesemua album album yang diriliskan oleh Dream Theater telah terjual lebih 10 milion di seluruh dunia.  Pastinya rangkaian lagu-lagu popular seperti Pull Me Under, Another Day, Metropolis Part 1 dan Under A Glass akan berkumandang di KLCC Planery Hall.

Dream Theater kini dibarisi oleh John Petrucci (gitaris), John Myung (bassis), James LaBrie (vokalis), Jordan Rudess (kibordis) dan Mike Mangini (drum) pastinya bakal memberikan persembahan hebat dan bertenaga bersempena siri jelajah konsert “Images, Words & Beyond 25th Anniversary Tour”.

Sebagai rekod mereka telah merakamkan 13 buah album antaranya ialah When Dream and Day Unite (1989), Images and Words (1992), Awake (1994), Falling into Infinity (1997), Metropolis Pt. 2: Scenes from a Memory (1999), Six Degrees of Inner Turbulence (2002), Train of Thought (2003), Octavarium (2005), Systematic Chaos (2007), Black Clouds & Silver , Linings (2009), A Dramatic Turn of Events (2011), Dream Theater (2013)  dan The Astonishing (2016).

Tiket-tiket untuk “Images, Words & Beyond 25th Anniversary Tour” telah mula di jual pada 11 September  dan ianya boleh di dapati dengan melayari website www.ticketcharge.com.my.  Sebagai info anda boleh mendapatkan tiket yang berharga VIP – RM488, Cat 1 – RM398,,Cat 2 – RM308, Cat 3 – RM238, dan Cat 4 – RM188.  Semua tiket mempunyai tempat duduk dan telah termasuk cukai GST.
Selain membeli secara online peminat juga boleh mendapatkan tiket di ibu pejabat Ticket Charge atau ejen rasmi seperti Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts serta di kaunter informasi di The Mines dan 1 Shamelin.

Untuk info terkini berkenaan konsert Dream Theater “Images, Words & Beyond 25thAnniversary Tour”, anda boleh ikuti di IME Asia Facebook, @IME_Asia on Instagram, @IMEProduction on Twitter, or @IMEProductions on WeChat. #dreamtheater #liveinKualaLumpur

Sumber Selebritionline.com

Comments

comments

, ,