Dedah ‘Konspirasi’ Rancangan Clever Girl, Kiera Mohon Maaf

Dedah 'Konspirasi' Clever Girl, Kiera Mohon MaafPENARIKAN diri wakil Pulau Pinang dalam pertandingan Clever Girl Malaysiaiaitu Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera) baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi negatif terhadap rancangan itu.

Susulan itu, Kiera kini memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuat secara terbuka dan memadam status yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Selain itu, Graduan Sains Kejuruteraan dari Universiti Oxford ini meminta agar orang ramai untuk berhenti daripada berterusan cetus spekulasi negatif yang boleh menjatuhkan ranking rancangan berkenaan.




“Kiera berharap semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama menghentikan spekulasi-spekulasi negatif yang sedang menular di Internet.

“Dengan kesempatan ini saya menyampaikan hasrat memohon maaf kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak,” ujarnya melapor mStar Online.

Sebelum ini, orang ramai dihebohkan dengan satu kenyataan terbuka menerusi akaun Instagram milik Kiera yang dilihat mendedahkan ‘rahsia’ disebalik keputusan penarikan diri daripada rancangan itu.





Menerusi kenyataan tersebut, graduan itu memberitahu terdapat beberapa peserta yang dikatakan menjadi kegemaran produksi diberikan soalan dan jawapan ‘bocor’.

Bagaimanapun, Kiera telah menarik semula kenyataan tersebut dan memadam status yang dikatakan cetus kontroversi dikalangan orang ramai.

“Saya sudah padam status kenyataan itu dan bermakna saya menarik balik semula kenyataan berkenaan.

“Tambahan pula, saya sudah berjanji dengan produksi untuk tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan penarikan diri tersebut,” katanya.

Tambah Kiera lagi, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penonton yang setia memberi sokongan padu sepanjang penglibatan dirinya dalam rancangan terbitan Media Prima tersebut.

Sementara itu, tindakan penarikan diri oleh Kiera menjadikan tinggal enam peserta sahaja yang akan bersaing dalam program itu.

Program Clever Girl Malaysia adalah pertandingan uji minda terbitan Primeworks Studios Sdn. Bhd. (PWS) untuk TV3 yang bersiaran secara langsung setiap hari Jumaat, bermula pukul 9 malam hingga 10 malam. – MYNEWSHUB.CC



Comments

comments

,