4 Wanita Disamun RM39,800 Di Puncak Bukit

KUALA TERENGGANU – Empat wanita termasuk dua beranak kerugian RM39,800 apabila disamun dua lelaki ketika mendaki Bukit Keluang, Besut kelmarin.

Empat wanita termasuk dua beranak dari Pasir Mas Kelantan itu mendaki gunung tersebut dari laluan menghadap laut yang jarang diikuti pendaki.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, mangsa berusia 21 hingga 55 tahun itu disamun pada pukul 2.30 petang ketika berada di puncak bukit tersebut.




Menurutnya, kedua-dua suspek yang memakai seluar pendek tiga suku dan baju tanpa lengan yang masing masing bersenjatakan sebilah pisau dan kayu telah mengacukan kepada mangsa.

“Penjenayah yang menutup muka dan bersenjatakan pisau serta kayu memaksa kesemua mangsa menyerahkan barang kemas, telefon dan wang yang kesemuanya bernilai RM39,800 jika tidak mahu dirogol atau dibunuh.

Comments

comments