VIDEO KFA Sudah Bersedia Untuk Liga M, Piala AFC Musim 2018

Image result for Aminuddin Omar kfaSetiausaha Kehormat KFA, Dato’ Aminuddin Omar hari ini membidas tuduhan yang dilemparkan oleh TMJ berkaitan status Kedah FA dan perihal Tan Cheng Hoe dalam forum Face Off yang diadakan semalam di JDT Cafe.

Menurut beliau Kedah sudah pun selesai proses perlesenan kelab AFC sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh FMLLP pada 31 Julai lalu.

Segala dokumentasi dan infrastruktur telah pun berjaya diselesaikan dan KFA begitu yakin proses kelulusan akan berjalan dengan lancar.






Dalam forum yang diadakan semalam, TMJ mendakwa mendapat maklumat bahawa Kedah FA tidak layak bermain di Piala AFC musim depan kerana masih gagal mendapatkan lesen AFC.

Dato’ Aminuddin Omar juga menjelaskan salah faham yang timbul berkaitan penghijrahan Tan Cheng Hoe ke kem kebangsaan.

Beliau membidas dakwaan TMJ bahawa punca perletakan jawatan Tan Cheng Hoe disebabkan oleh kegagalan KFA yang tiada visi yang jelas buat jurulatih tersebut.

“Kedah FA berjaya mendapatkan 4 piala sepanjang 4 tahun saya berada di dalam pengurusan KFA menunjukkan perancangan persatuan sejak dari dulu berjaya” tambah Dato’ Aminuddin Omar.

Comments

comments

, ,