VIDEO Burnley Beri Kejutan Buat Chelsea Di Stamford Bridge

Antonio Conte agonises on the touchline as Chelsea miss a chance to equalise with the final attack of a frantic matchANTONIO Conte kesal dengan anak buahnya yang hilang fokus selepas kapten Gary Cahill dibuang padang ketika Chelsea tewas 2-3 di tangan Burnley di Stamford Bridge.

Chelsea bergelut sejak dari awal perlawanan apabila Cahill dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran ke atas pemain lawan.

Pasukan tuan rumah ketinggalan 3-0 pada babak pertama kepada yang hanya memperoleh tujuh mata di gelanggang lawan sepanjang kempen musim lalu.

Ia hari yang mengecewakan buat Conte yang menjulang trofi EPL pada musim pertamanya bersama kelab itu.





Burnley players appear ecstatic as they extend their lead over the Premier League champions to three goals via VokesNamun beliau menyifatkan kekalahan itu disebabkan Chelsea kekurangan pemain baharu selain turut membenarkan beberapa pemain lain untuk meninggalkan Stamford Bridge.

“Ketiadaan Cahill mengeruhkan lagi keadaan kerana untuk beraksi dengan hanya 10 pemain sepanjang perlawanan kemudian sembilan pemain bukan mudah.

“Kami cuba untuk melakar keputusan baik ke atas Burnley tapi malangnya kami hanya bangkit di babak kedua.

“Aksi babak pertama amat mengecewakan. Selepas layangan kad merah, kami hilang arah dan membiarkan dua gol membolosi gawang. Jadi amat sukar untuk mengubah keputusan akhir,” kata Conte.

Comments

comments

, ,