Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Upacara Perasmian Sukan SEA 2017 Penuh Gemilang

KUALA LUMPUR 19 Ogos – SELEPAS 16 tahun, selepas lapan edisi berlalu sejak kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah, Sukan SEA kembali ke negara ini untuk temasya kali ke-29 dan dibuka secara rasminya oleh Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V malam ini.

Ia kali keenam Kuala Lumpur menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu yang kali pertama diadakan pada 1959 di Bangkok dengan nama Sukan SEAP. Malaysia pernah menganjurkannya pada 1965, 1971, 1977, 1989 dan paling diingati sebelum ini adalah tuan rumah kelima pada 2001 yang mana kontinjen negara menamatkan persaingan de­ngan muncul juara keseluruhan.





Upacara malam ini disempurnakan oleh penerjun Olimpik Rio 2016, Nur Dhabitah Sabri yang ‘melayang’ untuk menyalakan obor yang sebelumnya bertukar tangan dalam kalangan atlet legenda negara.

Sebelum itu upacara bermula dengan tradisi temasya sukan iaitu perbarisan masuk kontinjen negara peserta diiringi persembahan cahaya yang luar biasa.

Janji Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bahawa upacara pembukaan bakal diingati sampai bila-bila ditunaikan apabila persembahan yang diadakan begitu mengagumkan dengan bantuan teknologi untuk menggembirakan lebih 80,000 penonton di dalam stadium.

,