Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Sukan Sea : Emas Diraja

Image may contain: 1 person, horse and outdoorSETIU 20 Ogos – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berjaya membantu skuad negara menambah koleksi emas selepas menjuarai kategori individu dalam acara endurance (kuda lasak) Sukan SEA ke-29 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu di sini.

Baginda melengkapkan trek bagi acara 80 kilometer dengan catatan masa 3 jam 48 minit 38 saat.

Image may contain: 2 people, people riding horses and outdoor

Sultan Mizan yang menunggang kuda bernama RTES Annaversary mencatatkan jumlah purata kelajuan 20.994 kilometer sejam sekali gus melebur rekod lama yang dipegang Sulaiman Muda dalam temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar menerusi 6 jam 26 minit dan 04 saat.

Seorang lagi penunggang, Mohd. Bulkhari Rozali pula muncul naib johan dengan catatan masa 03:48:40.

Manakala satu lagi emas disumbang dalam kategori berkumpulan menerusi Mohammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah dan Mohd. Adhwa Embong dengan catatan masa 11 jam 31 minit dan 30 saat. – UTUSAN