Pemandu Lori Tangki Maut Elak Kereta Terbabas Di Lebuhraya PLUS

Image may contain: sky and outdoorPEMANDU lori tangki bawa muatan asid maut selepas kenderaannya terbalik ketika mengelak kereta di KM251.6 lebuh raya PLUS, arah selatan dekat Plaza Tol Senawang, awal hari ini.

Surazru Mohamed Sakeri, 37, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala muatan 25,000 liter asid yang dibawanya turut tumpah di tempat kemalangan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Vios dari arah Seremban ke Johor dipercayai hilang kawalan dan terbabas, pada kira-kira 3 pagi.

Keadaan itu menyebabkan menyebabkan lori tangki yang berada di belakang kereta itu mengelak tetapi terbalik.





Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Zainurin Sharif, berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.22 pagi.

Menurutnya, empat jentera dengan kekuatan 20 pegawai dan anggota termasuk Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) terbabit dalam operasi itu.

“Bomba tiba di lokasi 10 minit kemudian dan segera mengeluarkan pemandu lori tangki yang tersepit. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia.

“Dua wanita berusia 30-an iaitu pemandu dan penumpang kereta cedera.

“Mreka mengadu pening. Mungkin terhidu asid. Mereka kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mayat mangsa turut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Difahamkan, kerja pembersihan tumpahan asid masih dijalankan di lokasi kejadian oleh pasukan HAZMAT.

Comments

comments