Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kim Swee Panggil Semula Enam Pemain Kontroversi

Enam pemain negara yang tidak mendapat pelepasan dalam pusingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 tahun (B-23), Julai lalu kembali disenaraikan oleh jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur.

Menurut Kim Swee, dia mengambil keputusan menyenaraikan keenam-enam pemain itu serta pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Dominic Tan, kerana berasakan mereka masih yang terbaik buat pasukan B-23.

Namun, Kim Swee menjelaskan tiada jalan pintas buat mereka kerana dia masih perlu membuat penilaian terhadap prestasi serta kecergasan terkini pemain-pemain.

“Keenam-enam pemain ini merupakan tonggak penting.

“Saya memanggil seramai 27 orang pemain dengan tujuh daripadanya akan digugurkan.

“Kedudukan mereka bergantung dan akan dinilai ketika sesi latihan selama seminggu walaupun mereka adalah pemain penting,” katanya.

Selain itu, Kim Swee menjelaskan dia sedia mengambil risiko menyenaraikan dua sahaja penjaga gol dalam skuad akhir ke Sukan SEA.

Ini bermakna, salah seorang daripada tiga penjaga gol, Ifwat Akmal, Haziq Nadzli dan Amierul Hakimi Awang, akan digugurkan.





“Saya hanya boleh menyenaraikan 20 orang pemain.

“Saya melihat posisi tertentu dan kemungkinan besar pemain yang berkemampuan beraksi dalam beberapa posisi akan mempunyai kelebihan.

“Tetapi, ini bergantung kepada prestasi mereka dalam sesi latihan selama seminggu nanti.”

Senarai nama yang dipanggil:

Image may contain: text

, ,