Joe Tidak Berhasrat Balik Kepada Wings

GITARIS Joe masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada dia memang sudah meninggalkan kumpulan Wings dan menganggap spekulasi yang dibuat bersikap subjektif.

Tidak mahu mengelas tentang perkara tersebut, Joe berkata dia tidak simpan hasrat kembali bersama kumpulan itu kerana merasakan sudah tiba masanya untuk beri tumpuan kepada kumpulan baharunya, Prime Domestic.

Selain Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, Prime Domestic turut dianggotai oleh bekas gitaris Search, Hillary Ang, Gee (Bes), Aweera (Vokalis) dan Ainoll (dram).

KUMPULAN TERBARU JOE, PRIME DOMESTIC. – FOTO MSTAR ONLINE

“Saya tidak pernah mengulas tentang ini kepada sesiapa termasuk media yang saya sudah keluar atau disingkirkan daripada Wings.





“Rasanya itu spekulasi pihak lain yang saya anggap bersifat subjektif.

“Tetapi saya juga tidak akan kembali bersama mereka. Cukuplah, saya dah penat dan sekarang fokus saya kepada Prime Domestic,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Joe, dia juga tidak kisah jika terpaksa bermula semula dari bawah walaupun sudah membina nama bersama Wings sejak 31 tahun lalu.

Sebaliknya kata Joe, dia juga bertuah kerana Prime Domestic memberikan peluang kepadanya untuk bekerjasama dengan pemuzik yang hebat dan berpengalaman luas. – MYNEWSHUB.CC

Comments

comments