Ibrahimovic Kemungkinan Besar Kembali Ke Manchester United

BEKAS penyerang veteran Manchester United berminat untuk kembali berada di Old Trafford.

Zlatan Ibrahimovic sebelum ini dilapor akan menyertai kelab di Amerika Syarikat bermula musim baharu nanti kini.

Bagaimanapun bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu dikatakan tidak berminat berbuat demikian malah masih berada di Kompleks Latihan Carrington AON bagi menjalani pemulihan kecederaannya.

Ibrahimovic yang bakal menyambut kelahiran ke-36 tahun pada Oktober ini memerlukan masa untuk kembali cergas.

United dilaporkan berminat untuk kembali mendapatkan Ibrahimovic sekiranya dia berminat.





Sebelum ini, AC Milan dan MLS menunjuk minat untuk mendapatkan bekas pemain antarabangsa Sweden itu.

Pengurus Jose Mourinho memberi bayangan kemungkinan penyerang itu akan kembali ke kelab.

“Mungkin dia akan bersama kita. Dia tiada kontrak, tetapi masih rapat dengan Manchester,” jelas Mourinho sebelum aksi Piala Super Eropah pada Rabu.

Dalam pada itu, pemain baharu United, Romelu Lukaku turut meminta kebenaran Ibra sebelum memakai jersi bernombor sembilan.

“Ramai penyerang yang memakai No.9. Ia nombor yang menarik dan saya meminta kebenaran daripada Zaltan Ibrahimovic. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membenarkan saya memakai jersi itu,” jelas Lukaku Julai lalu.

Comments

comments

, ,