Arsenal Tewaskan Leicester, Arsene Wenger Puji Aksi Giroud

Referee Mike Dean checks his watch before awarding the goal as the Emirates Stadium erupted on Friday nightPENGURUS Arsenal Arsene Wenger memuji penampilan Olivier Giroud yang berjaya membawa The Gunners meraih kemenangan 4-3 ke atas Leicester City dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, awal pagi Sabtu.

Kehadiran Alexandre Lacazette musim ini telah membuatkan Giroud tersisih di bangku simpanan. Giroud harus akur memulakan permainan hanya pada minit ke-67.

Namun, Giroud tidak putus semangat. Dia berjaya menjadi wira Arsenal apabila menjaringkan gol kemenangan kelab itu lima minit menjelang tamat permainan.

Wenger dengan bangganya memuji Giroud setinggi langit.

Pengurus dari Perancis itu mengaku menyayangi Giroud yang tetap setia di Emirates walau perlu berjuang untuk tampil dalam kesebelasan utama musim ini.

“Saya mencintai dirinya dan permainannya. Dia seorang lelaki yang hebat dan penuh komitmen. Dia tak mahu pergi dan saya gembira dia tetap bertahan,” kata Wenger memetik BBC Sports.

“Pada satu ketika, saya pernah membuka pintu keluar untuknya kerana saya mempunyai banyak penyerang. Tapi, akhirnya dia memutuskan untuk bertahan.”

Wenger bagaimanapun mengaku belum mampu membaca pesaingnya dalam perburuan gelaran juara Liga Perdana musim ini.

Katanya, apa yang pasti, kehilangan mata boleh mengurangkan peluang untuk meraih gelaran.





“Saya tidak tahu kekuatan setiap pasukan. Sekurang-kurangnya ada ada enam atau tujuh pasukan yang boleh memenangi gelaran dan itu menjadikan persaingan semakin menarik.

“Setiap mata yang anda hilang sangat merugikan,” ujar Wenger.

Dalam perlawanan tersebut Arsenal unggul terlebih dahulu pada minit ketiga melalui penyerang barunya, Alexandre Lacazette.

Dua minit kemudian, Leicester membalas melalui Shinji Okazaki menjadikan kedudukan 1-1.

Leicester kembali mendahului apabila Jamie Vardy menanduk masuk bola pada minit ke-29.

Ketika babak pertama kelihatan akan berakhir dengan Leicester mendahului, Arsenal menyamakan kedudukan 2-2 melalui Danny Welbeck.

Pada babak kedua Arsenal terus dicabar apabila Vardy menjaringkan gol keduanya pada minit ke-56.

Gol ketiga Leicester itu memaksa Wenger melakukan perubahan dengan memasukkan Olivier Giroud, Aaron Ramsey dan Theo Walcott.

Keputusan Wenger terbukti tepat. Ramsey menyamakan kedudukan pada minit ke-83, diikuti gol kemenangan oleh Giroud pada minit ke-85.

Arsenal menutup perlawanan pertamanya musim ini dengan kemenangan dan mendapat tiga mata penuh.

Comments

comments

, ,