Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Anugerah Pengarah Terbaik Asia Pasifik Tanggungjawab Besar Buat Syamsul Yusof

SEBAGAI seorang bapa pasti akan berasa bangga apabila anaknya mendapat satu kejayaan yang besar dalam bidang yang diceburi. Begitu juga yang dirasai penerbit filem Datuk Yusof Haslam apabila Syamsul Yusof diangkat sebagai Pengarah Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-57 menerusi filem Munafik di Phnom Penh, Kemboja pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, Yusof, 63, berkata kemenangan tersebut tidak memberikan ‘lampu hijau’ kepada Syamsul untuk bersikap takbur atau lupa diri.

Malah, ia merupakan tanggungjawab besar yang perlu dipikul Syamsul untuk menghasilkan lagi karya-karya lebih baik dan berkualiti.

Yusof berbangga Syamsul mencapai satu kejayaan yang besar setelah hampir 10 tahun menceburi industri filem.

“Sebagai seorang ayah, pengarah dan penerbit, sudah pasti saya bangga apabila Syamsul memenangi anugerah Pengarah Terbaik pada FFAP.





“Namun, kemenangan tersebut memberikan dia satu tanggungjawab yang lebih besar dalam setiap karya yang mahu dihasilkan.

“Syukur Alhamdulillah, kejayaan ini semua adalah perancangan dan rezeki dari Allah SWT yang sentiasa memberikan limpah kurnia dan kekuatan untuk penghasilan filem ‘Munafik’ yang berkonsep dakwah namun mampu menembusi pasaran luar dan diterima pihak juri.

Terima kasih kepada ibu bapa, isteri, anak, keluarga, seluruh pasukan produksi filem dan semua pihak yang tidak henti henti mendoakan dari dahulu sehingga kini ” ujar Syamsul yang mendapat khabar gembira dari ayahnya, Datuk Yusof Haslam pagi tadi.

Kemenangan beliau telah diterima En.Pashah yang mewakili Persatuan Penerbit Filem Malaysia. Sebelum ini, filem yang mencatat kutipan RM19 juta telah menerima lima anugerah di Festival Filem Malaysia (FFM-28) termasuk Filem Terbaik Nasional.

Kejayaan manis turut diraikan oleh filem berinspirasi kisah benar skuad bolasepak negara arahan Chiu Keng Guan ‘Ola Bola’ yang berjaya memenangi anugerah Suntingan Filem Terbaik (Gwyneth Lee).

,