Skuad B22 Bertolak Ke Bangkok, 6 Pemain Yang Gagal Lapor Diri Tidak Layak Beraksi Di Sukan SEA

Image may contain: 17 people, people smiling, people standing and textPetaling Jaya: Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee mahu semua pihak bersikap realistik dengan kemampuan anak buahnya yang hanya membuat persiapan ala kadar untuk mengharungi saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok pada 19-23 Julai ini.

Kim Swee mengumumkan senarai akhir pemainnya ke Bangkok hari ini.

Beliau sedar ramai pihak terutama peminat tempatan mula meletakkan harapan tinggi terhadap pasukan bimbingannya untuk menyerlah bukan saja pada kempen kelayakan itu, malah Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bulan depan susulan kemenangan 2-0 ke atas Myanmar yang juga naib juara Sukan SEA 2015 pada aksi persahabatan antarabangsa Khamis lalu.

Kim Swee berkata, pasukannya masih dalam keadaan tidak bersedia untuk menghadapi dua kejohanan itu apatah lagi sehingga semalam, beliau hanya mempunyai 19 pemain untuk berlatih bersama daripada 26 pemain kesemuanya.

“Macam mana kami nak bersedia untuk ke Bangkok Isnin ini jika hanya ada 19 pemain berlatih hari ini (semalam),” katanya.

Selain mengalami kecederaan tiga lagi pemain – Syazwan Zaipol dari PKNP FC, Nur Shamie Iszuan dan Tommy Mawat Badu (Sarawak) – terpaksa dilepaskan sementara kerana perlawanan liga.





“Saya cuba melakukan persiapan taktikal saja dengan pemain yang ada ini. Saya terpaksa menggugurkan enam pemain yang tidak mendapat pelepasan dengan pasukan masing-masing. Mereka tidak kunjung tiba dan kami terpaksa melupakan mereka,” katanya.

Enam pemain yang dimaksudkan itu ialah Matthew Davies dan Nor Azam Azih (Pahang), S Kumaahran dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) serta Haziq Nadzli dan Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim).

Pemain Sarawak Nur Shamie Iszuan dipanggil untuk melengkapkan senarai 22 orang pemain.

Kin Swee menegaskan dia tidak akan panggil semual 6 pemain tersebut kerana perlu bersikap adil dengan pemain yang ada sekarang.

“Walaupun mereka bagus tapi saya terpaksa fokus dengan pemain yang ada sekarang,” ujar Kim Swee

Menurut bekas jurulatih kebangsaan itu, bukan mudah untuk mereka melepasi halangan peringkat Kumpulan H Kejohanan AFC B-23 itu apabila berdepan seteru serantau Thailand, Indonesia serta Mongolia.

“Kita tahu Thailand dan Indonesia bukan lawan yang mudah dan tidak boleh disamakan dengan Myanmar.

“Liga di Thailand sudah berehat dan mereka tidak ada masalah untuk berlatih.

“Indonesia juga saya dimaklumkan sudah seminggu mengadakan latihan pusat di Bali jadi mereka sudah bersedia,” kata Kim Swee.

Comments

comments